Pada ahad 12 Jun 2011 tepat jam 12.45 mlm ibu Hjh Badariah bt Hj Nasir telah menghembuskan nafas terakhir dengan tenang selepas mengakhiri bacaan Yassin dan doa. Kepulangan ibu ke Batu Pahat sebagai pentanda untuk menemui Allah Azawajalla. Khabar yg diterima dari Intan..ibu kuat untuk balik disamping dapat hadir pada majlis pertunangan Adila dan dapat kembali ke rumah peninggalan Arwah Ayahanda Hj Mohamed bin daud. Semasa pertemuan di majlis Adila aku telah khabarkan kepadanya untuk bawanya ke Pontian setelah 1 minggu di rumahnya. Ibu bersetuju.. Berita yang mengejutkan telah ku terima pada Jumaat pagi ibu telah dikejarkan ke hospital oleh ambulan akibat lemah tubuh badannya. Peristiwa demikian sebenarnya telah beberapa kali dilalui oleh ibuku akibat hypo. Ibu memang memegang pantang yang kuat akibat sakit diabetes yang ditanggunginya. Pihak hospital BP maklum bahawa gula di paras 2 berada ditubuhnya mengakibatkan lemah tubuhnya...lebih mengejutkan pihak hospital maklum bahawa ibu juga telah mengalami jantung yang lemah setelah ECG dilakukan.
Aku diberi tanggungjawab oleh keluarga untuk menguruskan rawatan yang patut diterima yang ditentukan oleh pihak hospital BP iaitu dengan menyuntik "streptokinase" dengan sebaik-baiknya kerana faktor usianya yang telah lanjut. Sebelum membuat keputusan aku telah berbincang dengan anak ku Fairuz Zaman yang bertugas di Hospital Sg Buluh. Perbincangan selanjutnya antara Fairuz Zaman dan anak buah ku Dr Shima dengan pihak Hospital Batu Pahat memutuskan kepadaku bahawa ibuku yang tercinta terpaksa menerima suntikan yang disyurkan oleh doktor..apa yang membimbangkan implikasi dari ubat jantung ibuku akan berada dalam keadaan tidak stabil dan kemungkinan pendarahan akan berlaku. Aku mohon kerjasama doktor di wad 5 untuk memantau sebaik2nya..Aku sentiasa mengikuti perkembangan kesihatannya setiap saat.
Pada hari ke 2 ibuku mengalami 3 kali muntah..walau pun begitu ia kelihatan sungguh ceria dan sihat apabila disapa oleh nurse yang bertugas ia menyatakan "Alhamdulillah makcik sihat dari hujung rambut hingga hujung kaki..ni adalah Rahmat Allah" katanya..setiap kali nurse bertugas untuk mengepam darah dan lain lain rawatan yang diberi kepadanya ucapan " Alhamdulillah..terima kasih" sentiasa keluar dari bibirnya. Dalam pada ibuku perlukan kerehatan yang secukupnya akibat dari jantungnya yang lemah mulutnya sentiasa berzikir, membaca surah Yassin, ayat Kursi dan aku sentiasa membisikkan kepadanya yang aku sentiasa sama membaca dan berdoa kesejahteraan kesihatannya..
Pada sebelah petang aku dapat berita mengembirakan hatiku yang sentiasa berdebar bahawa kesihatan ibuku berada dalam keadaan stabil..hanya kekurangan air dibadannya..doktor di wad 5 maklum ibuku boleh keluar jika kandungan air dibadannya mencukupi..Tepat jam 11.30 malam aku terima berita yang mengejutkan hingga tubuh badanku menjadi longlai bahawa ibuku diserang jantung buat kali ke 2. Kesemua adik beradik ku dapat menatapi dan sama berdoa kepada ibuku yang kelihatan nazak dari jam 11.30 malam dan tepat jam 12.45 malam ibuku Hajjah Badariah bt Haji Nasir dengan tenangnya menemui Allah...Ibu..ibu kau ibarat sebutir mutiara..cahaya mu tetap bersinar walau ditenggelami air..cahaya mu sentiasa terpancar di sanubari ku yang sentiasa dekat dihatiku selama-lamanya...sebagai tanda kasih sayang ku kepada mu ibuuu akan ku sedekah kepadamu sepanjang masa...diriku sentiasa kedengaran akan doa-doa mu dan kata nasihatmu sebagai azimat...ku harap ibu nantiku disana..Al FATIHAH.....
Al-Fatihah.
ReplyDeleteKetika membaca kata2 Tok Long..terngiang2 suara dia yg lemah lembut.