28 June 2011

Makanan Berkhasiat

ASSALAMUALAIKUM

Cik Peah hari ni nak share la kat kawan2 tentang makanan berkhasiat...

OAT merupakan bijiran penuh dan di kalangan pakar pemakanan percaya bahawa oat mempunyai " kuasa " untuk seseorang berasa kenyang.  Ia juga mempunyai kandungan serat yang tinggi dan dapat mengurangkan kolestrol serta lemak dalam darah.  Proses penghadaman oat berlaku perlahan, jadi  ia tidak meningkatkan gula dalam darah dan membuatkan rasa kenyang hingga waktu tengahari.

TELUR walaupun dianggap boleh meningkatkan kolestrol, pakar pemakanan percaya telur merupakan sumber protein haiwan yang tiada lemak tambahan berbanding daging.  Kajian pemakanan mendapati seseorang yang makan telur setiap hari sebagai tambahan (atau menggantikan) roti atau bijiran, mereka akan kehilangan berat badan berbanding mereka yang bersarapan yang mengandungi banyak karbohidrat.

SUSU kajian yang diterbitkan dalan journal of obesity menunjukkan bahawa kombinasi kalsium, vitamin D dan protein rendah lemak dalam susu skim dan yogurt bebas lemak boleh membantu mengurangkan berat badan dan membantu membina otot.

EPAL untuk mengekalkan berat badan ideal makan satu atau dua biji epal sehari.  Pelbagai kajian mendapati bahawa makan epal setengah atau sejam sebelum waktu makan utama boleh membantu mengurangkan kalori dalam badan.  ini kerana serat dalam epal membuatkan anda berasa kenyang, jadi anda makan sedikit.

KULIT KAYU MANIS mengikut kajian membabitkan rawatan diabetes, rempah yang terkenal ini membantu tubuh menstabilkan gula.  makan 1/4 hingga 2 sudu teh kulit kayu manis sehari dalam mengurangkan paras gula dalam darah dan mengurangkan kolestrol sebanyak 10 hingga 25 peratus.

Sekian, daripada Cik Peah untuk renungan bersama..


16 June 2011

Kehilangan Bonda Tercinta

Pada ahad 12 Jun 2011 tepat jam 12.45 mlm ibu Hjh Badariah bt Hj Nasir telah menghembuskan nafas terakhir dengan tenang selepas mengakhiri bacaan Yassin dan doa.  Kepulangan ibu ke Batu Pahat sebagai pentanda untuk menemui Allah Azawajalla.  Khabar yg diterima dari Intan..ibu kuat untuk balik disamping dapat hadir pada majlis pertunangan Adila dan  dapat kembali ke rumah peninggalan Arwah Ayahanda Hj Mohamed bin daud.  Semasa pertemuan di majlis Adila aku telah khabarkan kepadanya untuk bawanya ke Pontian setelah 1 minggu di rumahnya.  Ibu bersetuju..  Berita yang mengejutkan telah ku terima pada Jumaat pagi ibu telah dikejarkan ke hospital oleh ambulan akibat lemah tubuh badannya.  Peristiwa demikian sebenarnya telah beberapa kali dilalui oleh ibuku akibat hypo.   Ibu memang memegang pantang yang kuat akibat sakit diabetes yang ditanggunginya.  Pihak hospital BP maklum bahawa gula di paras 2 berada ditubuhnya mengakibatkan lemah tubuhnya...lebih mengejutkan pihak hospital maklum bahawa ibu juga telah mengalami jantung yang lemah setelah ECG dilakukan.

Aku diberi tanggungjawab oleh keluarga untuk menguruskan rawatan yang patut diterima yang ditentukan oleh pihak hospital BP iaitu dengan menyuntik "streptokinase" dengan sebaik-baiknya kerana faktor usianya yang telah lanjut.  Sebelum membuat keputusan aku telah berbincang dengan anak ku Fairuz Zaman yang bertugas di Hospital Sg Buluh. Perbincangan  selanjutnya antara Fairuz Zaman dan anak buah ku Dr Shima dengan pihak Hospital Batu Pahat memutuskan kepadaku bahawa ibuku yang tercinta terpaksa menerima suntikan yang disyurkan oleh doktor..apa yang membimbangkan implikasi dari ubat jantung ibuku akan berada dalam keadaan tidak stabil dan kemungkinan pendarahan akan berlaku.  Aku mohon kerjasama doktor di wad 5 untuk memantau sebaik2nya..Aku sentiasa mengikuti perkembangan kesihatannya setiap saat.

Pada hari ke 2 ibuku mengalami 3 kali muntah..walau pun begitu ia kelihatan sungguh ceria dan sihat apabila disapa oleh nurse yang bertugas ia menyatakan "Alhamdulillah makcik sihat dari hujung rambut hingga hujung kaki..ni adalah Rahmat Allah" katanya..setiap kali nurse bertugas untuk mengepam darah dan lain lain rawatan yang diberi kepadanya ucapan " Alhamdulillah..terima kasih" sentiasa keluar dari bibirnya.  Dalam pada ibuku perlukan kerehatan yang secukupnya akibat dari jantungnya yang lemah mulutnya sentiasa berzikir, membaca surah Yassin, ayat Kursi dan aku sentiasa membisikkan kepadanya yang aku sentiasa sama membaca dan berdoa kesejahteraan kesihatannya..

Pada sebelah petang aku dapat berita mengembirakan hatiku yang sentiasa berdebar bahawa kesihatan ibuku berada dalam keadaan stabil..hanya kekurangan air dibadannya..doktor di wad 5 maklum ibuku boleh keluar jika kandungan air dibadannya mencukupi..Tepat jam 11.30 malam aku terima berita yang mengejutkan hingga tubuh badanku menjadi longlai bahawa ibuku diserang jantung buat kali ke 2.  Kesemua adik beradik ku dapat menatapi dan sama berdoa kepada ibuku yang kelihatan nazak dari jam 11.30 malam dan tepat jam 12.45 malam ibuku Hajjah Badariah bt Haji Nasir dengan tenangnya menemui Allah...Ibu..ibu kau ibarat sebutir mutiara..cahaya mu tetap bersinar walau ditenggelami air..cahaya mu sentiasa terpancar di sanubari ku yang sentiasa dekat dihatiku selama-lamanya...sebagai tanda kasih sayang ku kepada mu ibuuu akan ku sedekah kepadamu sepanjang masa...diriku sentiasa kedengaran akan doa-doa mu dan kata nasihatmu sebagai azimat...ku harap ibu nantiku disana..Al FATIHAH.....

21 April 2011

Renungan Bersama

Perbuatan ini berlaku mungkin pada ramai umat samada secara sengaja atau sebaliknya..tapi JAGAlah..kerana ia termasuk pada tatasusila peribadi seseorang.  Ibu kesayangan saya telah mendidik perkara ini adalah salah satu diantaranya.......BERSIN..kajian di Amerika Syarikat mendapati kelajuan bersin seseorang manusia boleh mencapai 161 kilometer per jam.

Pada 2009, sekumpulan doktor kebingungan apabila seorang kanak-kanak perempuan bersin sehingga 20 kali seminit atau { 12,000 kali sehari dan pakar menggelarnya sebagai " sindrom mesingan "}

Ketika bersin kita mengeluarkan hampir 100,000 butiran kecil lendir dan mikrooganisma.

Setelah artikel diatas dipaparkan..ingatlah!!!!!!!! ketika kita bersin, batuk..TUTUPlah mulut dengan tissue, kalau tak sempat, tutup cepat-cepat dengan tangan..pas tu cepat-cepat cuci tangan jangan tak cuci..nanti kita tergulung orang yang pengotor..jagalah kebersihan..kebersihan menjana kesihatan yg sihat...bila kita sihat hidup lebih sempurna...mak nenek mengingatkan jeeeeeee


Pekerja Veteran Lebih Produktif Daripada Kakitangan baru

Satu kajian yang dilakukan oleh beberapa penyelidik dari Universiti Mannheim di Jerman mendapati pekerja lama lebih produktif berbanding rakan setugas baru, lapor sebuah akhbar.
ASSALAMUALAIKUM SEMUA...

Baca dan fahamkan apa yang Cik Peah nak cuba sampaikan kepada pekerja2 baru di luar sana....

Pekerja lama yang lebih matang sebelum ini sering dilabel sebagai lemah dan kurang lincah daripada kakitangan lebih muda tetapi mereka lebih bagus jika dibuat perkiraan berdasarkan pengalaman, kebolehan, bekerjsama secara berkumpulandan berjaya menangani masalah.

Para penyelidik memberitahu:  ~ " ketika pekerja lama melakukan lebih banyak kesilapan akibat penurunan kualiti fizikal kerja, mereka bagaimanapun jarang membuat kesalahan besar disebabkan memiliki lebih banyak pengalaman." " pengalaman yang boleh mengelak berlaku kesalahan besar, " jelas para penyelidik itu.

Kajian itu dilakukan ke atas pekerja yang terlibat dalam pengeluaran trak di kilang Mercedes Benz di selatan Jerman.

Dalam kajian itu, pekerja muda yang memiliki pendidikan tinggi dilapor kurang produktif berbanding pekerja yang berpendidikan rendah.

Situasi itu berlaku kemungkinan disebabkan pekerja berpendidikan tinggi lebih cepat berasa bosan.

Para penyelidik itu mendapati bilangan tenaga kerja wanit yang ramai adalah buruh untuk produktiviti dalam pasukan muda tetapi baik dalam kumpulan pekerja tua.

Menurut pasukan penyelidik itu, pekerja wanita membuat sedikit kesilapan tetapi pekerja muda lelaki akan berasa terganggu dan menyebabkan mereka membuat banyak kesilapan jika wanita berada dalam pasukan mereka. petikan KOSMO selasa 19 april 2011.

18 January 2011

Fakta Sebenar Payudara

Kerana kepentingan ini makan wanita haruslah mengetahui dengan jelas informasi berkenaan bahagian tubuh ini.  jangan terpengaruh dengan fakta salah tentangnya yang selalu beredar dari mulut kemulut maupun internet tentangnya. disini disenaraikan beberapa perkara penting tentang payudara yang wajib diketahui oleh WANITA.

UKURAN BERBEZA~~~payudara hadir dalam pelbagai bentuk dan ukuran.  tidak ada wanita yang bentuk dan ukuran payudara sama.  rata-rata berbeza ukuran payudara kiri dan kanan malah ada yang agak jauh bezanya.  walaupun ia merupakan ia merupakan perkara semula jadi namun anda tetap juga harus berwaspada.  perbezaan bentuk payudara juga boleh disebabkan oleh pertumbuhan tumor.

BOLEH DIPERBESARKAN~~~ ukuran payudara setiap wanita ditentukan oleh faktor genetik dan hormon estrogen.  Ia mula membesar pada usia 10 tahun dan terus berkembang hingga 20 tahun. pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi hormon estrogen seperti pil perancang atau krim boleh membuatkan payudara membesar terutama sekiraya digunakan secara berterusan, jaringan payudara ini memang akan tambah dengan cepat.  akan tetapi payudara tidak mempunyai jaringan otot, bermakna anda tidak boleh menambah ukurannya dengan bersenam.  namun khabar baiknya senaman atau olahraga mampu mempengaruhi pembesaran otot dada.  sekiranya otot dada berkembang, secara automatik payudara akan kelihatan lebih besar padahal ukurannya tidak berubah.

COLI BERKAWAT BAHAYA~~~ ada yang mengatakan bahawa pemakaian coli berkawat akan meningkatkan risiko terkena kanser payudara.  kawat atau besi pada coli dikatakan akan menekan sistem limfatik pada payudara hingga membuatkan racun berkumpul dan meningkatkan risiko terkena kanser.

sebenarnya tiada hubungan antara bentuk, jenis atau ukuran coli dengan kanser payudara.  hanya pemakaian coli dengan ukuran yang salah akan mempengaruhi bentuk payudara dan keselesaan pemakainya selain memakai coli berkawat semasa tidur akan menyebabkan payudara sukar bernafas.

BESAR LEBIH SEKSI~~~ada wanita yang berasa irihati pada teman yang mempunyai payudara besar dan montok.  tapi sebenarnya wanita yang berpayudara besar seringkali berasa tidak selesa dengan keadaan mereka.  ramai yang merasakan bahawa lelaki cuma tertarik pada dada mereka saja dan bukan aspek lain.  bayangkan setiap kali berbicara dengan teman lelaki, mereka asyik memandang kearah situ saja.  selain itu ukuran payudara yang terlalu besar juga boleh menyebabkan sakit dibahagian belakang dan postur tubuh tidak lagi menarik.  jadi apa pun ukuran payudara yang ada terima saja dengan redha.

SILIKON SEBABKAN KANSER~~~belum terbukti daya tolak reaksi jaringan tubuh terhadap silikon dikategorikan sangat rendah.  setakat ini ia tidak terbukti boleh menyebabkan kanser kecuali jika terjadi kebocoran pada lapian yang membaluti silikon.  silikon hanya menyukarkan proses pemeriksaan payudara sendiri atau mamografi hingga perlu menambah sinar X untuk mendapat hasil yang lebih tepat.

TETAP TEGANG~~~payudara boleh mengendur kerana kehamilan dan juga proses menyusui.  kekencangan payudara dan juga mungkin berubah semasa menjelang haid.  akan tetapi faktor utamanya adalah akibat pertambahan usia.  sekalipun anda belum berumahtangga ada akan semakin tua bukan!  jadi payudara tetap akan menjadi kurang elastis apa lagi kalau anda jenis yang malas bersenam.  anda boleh mengurangkan kesan tersebut dengan memakai coli yang tepat ukurannya dan bagus kualitinya bagi mendukung payudara.

Redha

"  Katakanlah, sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki dan membatasinya kepada siapa yang Dia kehendaki antara hamba-hambaNya.  Dan apa sahaja yang kamu infakkan,  Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik "
(SURAH SABA' 34:39)

Menguruskan Tugasan & Kerja Di Rumah

Wanita berkerjaya sering kali menghadapi masalah ini:  kerja yang bertimbun-timbun, banyak urusan tertangguh, sibuk sepanjang masa, hari-hari yang memenatkan, kerja rumah yang terlepas pandang dan banyak lagi.  Maklumlah wanita berkerjaya bukan sahaja mempunyai peranan di pejabat, malah dialah isteri, dialah ibu.  

Oleh sebab itu sangat penting untuk memahirkan diri dalam kaedah mengurskan kerja dan tugasan.  Ada kalanya banyak masa boleh dijimatkan dengan kemahiran seumpama ini.  HAYATI 10 TIP DAN BUATLAH PENILAIAN TERHADAP DIRI SEDIRI:

1.  SEDAR APAKAH FAEDAH DAN HARGA TUGASAN ANDA ITU
Adakah ia benar-benar perlu? berbaloi atau tidak?  Adakah cara lain yang lebih mudah dan murah?  Jangan membazir masa, tenaga, wang dan komitmen anda untuk sesuatu yang boleh ditinggalkan.  Tumpukan kepada yang utama.

2. SENTIASA SEDIAKAN"TUGASAN ANJAL" DARI MASA KESEMASA
Tugasan anjal ialah tugasan yang boleh dibuat dimana-mana, tidak kira bila masanya.  Contohnya seperti membuat panggilan telefon, menjawab SMS dan banyak lagi.  Buatlah senarai tugasan anjal yang boleh anda lakukan dalam sehari dan rujuklah dari masa kesemasa.

3.  TARIKH AKHIR PERIBADI
Jangan bergantung kepada tarikh akhir orang lain semata-mata.  Anda lebih arif tentang masa anda, jadi kenapa tidak tentukan sendiri tarikh akhir anda sendiri.  Dengan berbuat demikian anda tidak lagi berkejar-kejar setiap kali tarikh akhir sudah hampir.

4. MENGUTAMAKAN YANG PALING BERBALOI
Ia untuk kebaikan anda jua.  Berbaloi boleh jadi dari aspek karier, ganjaran, peluang, psikologi, bahkan pahala juga.  Jangan semata-mata berpuas hati dengan " menyelesaikan tugasan " tetapi sebenarnya tiada banyak yang anda peroleh.

5.  ELAKKAN DARIPADA TIMBUNAN KERJA
Ia berlaku jika anda sering menangguhkan kerja.  Bukan tidak boleh menangguhkan kerja, tetapi jika anda menjadikan ia untuk " melarikan diri " anda akan "lemas" dalam timbunan kerja yang ditangguhkan.  Jika ini berlaku cepat-cepatlah atasi dari sekarang.

6.  PERUNTUKAN MASA SEKADARNYA
Jangan luangkan terlalu banyak masa untuk sesuatu tugasan.  Peruntukkan kadar yang sepatutnya.  Ia mestilah berpatutan dan munasabah.  Belajar bagaimana untuk mengawal masa anda daripada dicuri oleh orang lain dan juga diri anda sendiri.

7.  JANGAN MENJADI AHLI SEMPURNA
Jika anda inginkan semuanya sempurna dan tersusun, anda akan menghabiskan banyak masa untuk hasil yang tidak seberapa.  Ingin Prinsip  Pareto iaitu 20 peratus kerja untuk 80 peratus hasil.  Jika anda menambah sehingga 60 peratus kerja sekalipun, anda hanya menambah tidak sampai 20 peratus sahaja.  Jadi kenapa buang masa dan tenaga?

8.  JIKA TERLAKU SUKAR BERILAH MASA MENYELESAIKANNYA
Ada banyak benda yang boleh diselesaikan dengan memberikan sedikit masa.  Ia satu contoh penangguhan yang positif.  Dengan perkembangan teknologi yang ada sekarang, segala-galanya boleh berubah dalam masa beberapa hari sahaja.

9.  JIKA ANDA BOSAN, MASUKAN AGENDA PERIBADI
Apakah perkara lain yang anda boleh manfaatkan daripada tugasa ini?  Pasti ada " di celah-celah tugasan " itu tersembunyi faedah-faedah yang boleh anda timba.  Tetapi ingat, jangan sesekali menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi.  Itu dosa.  Lakukan yang san dan dengan jujur.

10. " TEORI KEBERKATAN "
Dalam Islam, faktor keberkatan juga penting dalam urusan kerja harian.  Keberkatan mempengaruhi hasil dan faedah yang anda perolehi daripada kerja seharian.  Ada kalanya orang memperuntukkan masa 2 jam untuk tugasan yang boleh dibuat dalam masa 30 minit.  Ada pula laporan setebal 200 muka surat ditolak oleh pengarah, sedangkan yang setebal 50 muka surat dipuji.  Ada jutawan terkenal yang hidup gelisah dan terseksa, tetapi si miskin di kampung hidup tenang bersama keluarga.  Kenapa? Faktor keberkatan boleh menjelaskannya.  Ingat pesan Rasulullah s.a.w " Berjalanlah (bekerjalah) kamu atas keberkatan Tuhan. "

09 January 2011

5 Makanan Yang Terbukti Baik Untuk Kulit Anda

SALAM READERS SEMUA,

Tubuh kita termasuk kulit memerlukan makanan yang berkhasiat seperti lemak yang menyihatkan, protein yang tepat, serta buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.  berikut adalah lima jenis makanan yang paling sihat untuk kulit:

TEH HIJAU ~ tiga teko teh hijau sehari dapat menyumbang kepada antioksidan yang secukupnya bagi tubuh manusia sehingga ia terbukti mampu melawan penuaan serta peradangan.  seperti badam juga teh hijau mampu mengurangkan risiko kanser kulit

BROKOLI ~ kaya dengan vitamin A, C dan K.  Vitamin A dapat membantu mengelakkan kulit muka dari berminyak.  vitamin C pula merupakan anti oksidan kuat dan vitamin K dapat mencegah timbulnya lebam di kulit.  jadi~~~makanlah brokoli selalu!

MINYAK BUNGA MATAHARI ~ mengandungi omega-6 yang penting untuk mencegah kulit kering dan radang kulit.  juga penting bagi pembentukkan prostaglandin, iaitu hormon yang menjaga sel-sel tubuh agar berfungsi dengan baik.  UNTUK MENDAPATKAN KULIT LEBIH SIHAT APA KATA ANDA CUBA MAKAN IKAN SALMON YANG DIHIDANGKAN BERSAMA-SAMA BROKOLI DAN SIRAMKAN DENGAN SEDIKIT MINYAK BUNGA MATAHARI~~~~PEH SEDAPKAN!

IKAN SALMON ~ ikan salmon dan ikan kod contohnya kaya dengan khasiat omega 3.  ini penting kerana ia berfungsi memelihara kulit, melembapkan dan dapat menghindarkan kulit dari penyakit-penyakit kulit seperti dermatitis atopik dan rosacea.  ikan juga mengandungi vitamin D yang baik untuk melindungi kulit dari panahan sinar matahari.

BADAM  ~ memakan segenggam badan setiap hari dapat meningkatkan kadar vitamin A dan antioksidan yang penting untuk kesihatan kulit.  ia juga berfungsi untuk melembapkan kulit yang kering,  selain itu ia juga melindungi kulit dari penuaan, peradangan dan kanser kulit.


Petua Orang Dahulu

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak berkongsi petua dengan anda semua..petuanya adalah :

MENYEDAPKAN AYAM GORENG ~ mahu ayam goreng lebih sedap? senang saja, tumbuk tiga ulas bawang putih (anggaran 1/2 ekor ayam) dan gaulkan dengan garam kunyit.  selepas itu lumurkan pada ayam yang hendak digoreng.  bukan saja ayam goreng lebih sedap, malah berbau wangi

MENGURANGKAN MINYAK PADA AYAM GORENG ~  ayam goreng sudah rangup, tapi kandungan minyaknya pula tinggi. jangan bimbang, kukuskan ayam terlebih dahulu selama 15 minit.  kemudian toskan selama lima minit.  selepas itu barulah digoreng seperti biasa { elok bagi orang yang punya kolestrol tinggi }

MENGHILANGKAN LEMAK AYAM ~  sebelum memasak daging ayam, lemaknya perlulah dibuang terlebih dahulu.  mula-mula gaulkan daging ayam dengan sedikit tepung gandum, garam dan asam jawa.  perapkannya selama setengah jam.  bukan saja lemak ayam tiada lagi, bau hanyirnya pun hilang





Aku Wanita Biasa

Assalamualaikum....entah kenapa mood saya hari ni nak melayan lagu-lagu jiwang...salah satu lagu yang menjadi kegemaran saya adalah lagu "Aku Wanita Biasa" yang dinyanyikan oleh Kris Dayanti...

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Surut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Maafkan aku bila hasratku keliru
Surut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga
Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku

Sedihnya...terasa dihati....