Wanita berkerjaya sering kali menghadapi masalah ini: kerja yang bertimbun-timbun, banyak urusan tertangguh, sibuk sepanjang masa, hari-hari yang memenatkan, kerja rumah yang terlepas pandang dan banyak lagi. Maklumlah wanita berkerjaya bukan sahaja mempunyai peranan di pejabat, malah dialah isteri, dialah ibu.
Oleh sebab itu sangat penting untuk memahirkan diri dalam kaedah mengurskan kerja dan tugasan. Ada kalanya banyak masa boleh dijimatkan dengan kemahiran seumpama ini. HAYATI 10 TIP DAN BUATLAH PENILAIAN TERHADAP DIRI SEDIRI:
1. SEDAR APAKAH FAEDAH DAN HARGA TUGASAN ANDA ITU
Adakah ia benar-benar perlu? berbaloi atau tidak? Adakah cara lain yang lebih mudah dan murah? Jangan membazir masa, tenaga, wang dan komitmen anda untuk sesuatu yang boleh ditinggalkan. Tumpukan kepada yang utama.
2. SENTIASA SEDIAKAN"TUGASAN ANJAL" DARI MASA KESEMASA
Tugasan anjal ialah tugasan yang boleh dibuat dimana-mana, tidak kira bila masanya. Contohnya seperti membuat panggilan telefon, menjawab SMS dan banyak lagi. Buatlah senarai tugasan anjal yang boleh anda lakukan dalam sehari dan rujuklah dari masa kesemasa.
3. TARIKH AKHIR PERIBADI
Jangan bergantung kepada tarikh akhir orang lain semata-mata. Anda lebih arif tentang masa anda, jadi kenapa tidak tentukan sendiri tarikh akhir anda sendiri. Dengan berbuat demikian anda tidak lagi berkejar-kejar setiap kali tarikh akhir sudah hampir.
4. MENGUTAMAKAN YANG PALING BERBALOI
Ia untuk kebaikan anda jua. Berbaloi boleh jadi dari aspek karier, ganjaran, peluang, psikologi, bahkan pahala juga. Jangan semata-mata berpuas hati dengan " menyelesaikan tugasan " tetapi sebenarnya tiada banyak yang anda peroleh.
5. ELAKKAN DARIPADA TIMBUNAN KERJA
Ia berlaku jika anda sering menangguhkan kerja. Bukan tidak boleh menangguhkan kerja, tetapi jika anda menjadikan ia untuk " melarikan diri " anda akan "lemas" dalam timbunan kerja yang ditangguhkan. Jika ini berlaku cepat-cepatlah atasi dari sekarang.
6. PERUNTUKAN MASA SEKADARNYA
Jangan luangkan terlalu banyak masa untuk sesuatu tugasan. Peruntukkan kadar yang sepatutnya. Ia mestilah berpatutan dan munasabah. Belajar bagaimana untuk mengawal masa anda daripada dicuri oleh orang lain dan juga diri anda sendiri.
7. JANGAN MENJADI AHLI SEMPURNA
Jika anda inginkan semuanya sempurna dan tersusun, anda akan menghabiskan banyak masa untuk hasil yang tidak seberapa. Ingin Prinsip Pareto iaitu 20 peratus kerja untuk 80 peratus hasil. Jika anda menambah sehingga 60 peratus kerja sekalipun, anda hanya menambah tidak sampai 20 peratus sahaja. Jadi kenapa buang masa dan tenaga?
8. JIKA TERLAKU SUKAR BERILAH MASA MENYELESAIKANNYA
Ada banyak benda yang boleh diselesaikan dengan memberikan sedikit masa. Ia satu contoh penangguhan yang positif. Dengan perkembangan teknologi yang ada sekarang, segala-galanya boleh berubah dalam masa beberapa hari sahaja.
9. JIKA ANDA BOSAN, MASUKAN AGENDA PERIBADI
Apakah perkara lain yang anda boleh manfaatkan daripada tugasa ini? Pasti ada " di celah-celah tugasan " itu tersembunyi faedah-faedah yang boleh anda timba. Tetapi ingat, jangan sesekali menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi. Itu dosa. Lakukan yang san dan dengan jujur.
10. " TEORI KEBERKATAN "
Dalam Islam, faktor keberkatan juga penting dalam urusan kerja harian. Keberkatan mempengaruhi hasil dan faedah yang anda perolehi daripada kerja seharian. Ada kalanya orang memperuntukkan masa 2 jam untuk tugasan yang boleh dibuat dalam masa 30 minit. Ada pula laporan setebal 200 muka surat ditolak oleh pengarah, sedangkan yang setebal 50 muka surat dipuji. Ada jutawan terkenal yang hidup gelisah dan terseksa, tetapi si miskin di kampung hidup tenang bersama keluarga. Kenapa? Faktor keberkatan boleh menjelaskannya. Ingat pesan Rasulullah s.a.w " Berjalanlah (bekerjalah) kamu atas keberkatan Tuhan. "
No comments:
Post a Comment